TZM Frenzy (002153851-T)
Welcome to TZM Frenzy....

you can also view the site by using this link :-
www.tzm150.forumotion.com @
www.tzm150.co.cc

Log in to enter forum and please read the "rules" before posting.
Thank you




ARKIB FRENZY

Panduan urusniaga JUAL BELI di forum TZM Frenzy

View previous topic View next topic Go down

Panduan urusniaga JUAL BELI di forum TZM Frenzy

Post  Forum marshall on Thu Nov 25, 2010 3:06 pm

Salam semua forumers,

Adalah diingatkan pihak pengurusan tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas sebarang salah laku atau permasalahan yang terjadi ketika berurusniaga di dalam forum ini. Anda dinasihatkan agar menggunakan pertimbangan terbaik sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan yang diiklankan di dalam forum. Cuba minta nasihat atau pandangan marshall2 forum atau user tzm frenzy yang telah lama mendaftarkan diri.

Dinasihatkan supaya :-
1. berurusniaga dengan forumers yang dikenali ramai.
2. minta nasihat atau pandangan marshall2/mod forum.
3. elakkan berurusniaga melalui pos sebaik mungkin terutama dengan user tak dikenali
4. minta detail lengkap penjual dan bukan sekadar no.telefon sahaja.
5. bersabar dan jangan ghairah apabila mendapati barang yang dihajati ada dijual, kerana pertimbangan anda akan terjejas.
6. cuba buat semakan penjual/pembeli jika hendak berurusan di forum, google search dan apa2 cara yang mungkin anda terfikir.
7. cuba COD (cash on delivery) terutama bagi urusniaga yang berhampiran dengan anda

Malang tidak berbau, jika telah menyemak kredibiliti orang yang ingin berurusniaga mungkin kita masih juga akan tertipu...... jadi harap anda semua berhati2 dalam berurusniaga dan jangan mudah terpengaruh dengan harga murah yang diberi.

Sila maklumkan kepada pihak pengurusan forum TZM Frenzy jika ada mana2 kes penipuan yang terjadi.... Manalah tahu jika ada yang boleh membantu atau mungkin boleh mengelakkan kejadian serupa dari berulang.

Semua urusniaga adalah di atas risiko masing2 oleh itu diharap anda berhati2.

"sepandai-pandai tupai melompat akhirnya JATUH ke tanah juga"
"hari ni hari kau, esok mungkin hari aku"

.... harap jadi pengajaran akan maksud pepatah diatas kepada semua.

Diharap ini dapat menjadi panduan kepada semua forumers samada pembeli atau penjual yang ingin berurusniaga di sini.

Terima kasih dari TZM Frenzy.

Forum marshall
Admin General
Admin General

Location : Kuala Lumpur, Malaysia

http://tzm150.forumotion.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum